Langkau ke kandungan utama

Tips Perkahwinan: 8 Cara Kekalkan Kebahagiaan Perkahwinan Anda



Dalam dunia perkahwinan banyak perkara perlu diambil perhatian oleh suami dan isteri terutama mengenai tanggungjawab masing-masing.

8 Cara Kekalkan Kebahagiaan Perkahwinan Anda

1. Hidup Saling Lengkap-Melengkapi

Melayari bahtera perkahwinan bukanlah seperti kehidupan ketika anda bujang dulu. Ia memerlukan komitmen dan perkongsian hidup dalam pelbagai aspek. Sentiasalah ingatkan dalam diri anda bahawa perkahwinan yang bahagia boleh dicapai dengan anda saling melengkapi hidup pasangan anda. Bantu pasangan anda jika dia mempunyai masalah dan cuba atasi kelemahan dia.
2. Suami Libatkan Diri Juga Dalam Urusan Rumahtangga

Sebagai suami, anda tidak boleh abaikan 100% urusan kerja rumahtangga dan hanya mengharap isteri anda. Sekali-sekala, ringan-ringankan tulang anda untuk membantu isteri di dapur atau mengemas rumah. Peruntukkan sedikit masa cuti hujung minggu anda membantu isteri.

3. Ringankan Mulut Memberi Pujian

Sentiasa beri pujian kepada pasangan anda. Tak kira samada anda seorang suami mahupun isteri. Mulakan dulu. Memberi pujian merupakan cara anda menunjukkan anda menghargai kehadiran pasangan anda dalam hidup anda serta ia boleh menggembirakan hati dia.

4. Jangan Sering Memperkatakan Kelemahan Pasangan

Elakkan suka memperkatakan kelemahan pasangna anda. Ini merupakan perkara yang sensitif di mana, kelak boleh menyumbang kepada berlakunya pergaduhan konflik dalam rumahtangga. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan kelemahan dalam soal seks. Bincang secara baik bersama pasangan anda jika anda mengalaminya.

5. Elakkan Ungkit-Mengungkit

Satu lagi kesilapan yang harus anda elakkan ialah elakkan daripada mengungkit pekara-perkara yang silam. Jika sebelum ini anda pernah memberi pasangan anda sesuatu atau membantu dia, jangan ungkit-ungkit perkara tersebut. Ini menunjukkan anda tidak ikhlas dalam memberi bantuan.

6. Jaga Penampilan Setiap Masa

Sebagai isteri, ini merupakan salah-satu tanggungjawab anda. Sentiasa tampil dengan kemas dan menawan di mata suami anda. Ini boleh memberi mood yang baik kepada suami anda seterusnya dia akan lebih sayang anda. Suami juga harus jaga penampilan diri mereka. Cukur 'bulu-bulu' yang ada di muka anda.

7. Pelihara Kebersihan Kamar Beradu Anda

Bilik tidur anda merupakan tempat terpenting dalam hubungan suami-isteri. Inilah di mana kemuncak cinta anda berdua akan direalisasikan. Pastikan bilik tidur anda sentiasa bersih dan kemas. Jangan biarkan kain baju kotor bersepah. Adalah juga dinasihatkan anda cuci cadar, selimut dan sarung bantal anda sebulan sekali sekurang-kurangnya. Semburkan wangi-wangian yang boleh 'membangkitkan' ghairah anda berdua.

8. Beranikan Diri Untuk Mulakan Dulu

Sebagai isteri, anda tidak harus hanya bersikap menyerah diri dan tunggu suami anda mulakan aktiviti berbentuk seks. Sekali-sekala, anda mulakan dulu. Mulakan mencium dengan penuh ghairah suami anda. Jadi lebih aktif dalam hubungan seks. Pasti suami anda bertambah-tambah sayangnya kepada anda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peplum Beads

👑Open For Order👑 🔹Code: A1001 Dewasa / Budak Price :  BND $75 (dewasa) $55 (Budak) Peplum Beads Material: Pearl Crepe  Tebal, Tak Panas, Senang Iron, Tak licin Size Bagi Dewasa : 36, 38, 40, 42, 44, 46, 48, 50, 52, 55 Size Bagi Budak: XS, S, M, L, XL Ada Manik 🌟Dewasa: Tangan Biasa 🌟Dewasa:  Belakang & Tangan (Zip Sorok) 🌟Dewasa: Skirt Duyung Cut, t (Pinggang Kiri & Kanan > Getah) 🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹 🌠Budak: Zip Sorok Belakang 🌠Budak: Tangan Biasa 🌠Budak: Duyung Full Getah 🌟Manik Hiasan + Lace 🌟Layer Berlipat ↔️ Berat of the product Dewasa: 530gram +/- ↔️ Berat of the product Budak: 280gram +/- Bagi harga dan warna lain koleksi sila whatspp +673 7207790

Kebaya Manik Nursing Friendly

👑Open For Order👑 🔹Code: A Dewasa Beads Kurung Material: Fursan Spesso (Tebal, Senang Iron, Tak Panas, Tak Licin) Size Bagi Dewasa : 36, 38, 40, 42, 44, 46 🌟Dewasa: Tangan Zip Sorok 🌟Zip : depan dan tangan 🌟Dewasa: Skirt Duyung Cut, Pinggang Kiri & Kanan > Getah 🌟Manik Hiasan + Lace 🌟 BreastFeeding : Yes ↔️ Berat of the product Dewasa: 770gram +/- Bagi harga dan warna lain koleksi sila whatspp +673 7207790

SASHA FLORAL PRINTED

Code: 3396 Material:  Pearl Crepe (  Chiffon Kualiti Bagus, Tebal, Tak Panas, Senang Iron, Tak Licin) Green   Size:     36, 38, 40, 42, 44, 46, 48, 50 Grey Size:   36, 38, 40, 42, 44, 46, 48, 50, 52 IvoryCream Size:   36, 38, 40, 42, 44, 46, 48, 50, 52, 55 ⭐️Depan & Tangan Zip Sorok ⭐️Skirt  Duyung Cut (Pinggang Kiri & Kanan > Getah) BreastFeeding Friendly : Yes Berat : 550 gram +/- 🎈 Harga Promo  Harga Jual BND 39 FREE POSTAGE RM 110 FREE POSTAGE HARGA AGENT BND 35 FREE POSTAGE RM 99 FREE POSTAGE Untuk Order +673 7207790 (Whastpp)